Jumat, 28 Februari 2014

Anwar Himpunan 8 Mei untuk bantah penipuan


Malaysiakini Mei 6 2013 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam raya 5 Mei.

"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak.

"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang  kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan.
Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan dalam pilihan raya.

Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan yang dibentuk oleh BN.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia.

"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bSPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.

"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," katanya lagi.

Kamis, 27 Februari 2014

Rabu, 26 Februari 2014

Tiga Tip Atasi Rasa Takut dan Fobia Pada Kegagalan

Tiga Tip Atasi Rasa Takut dan Fobia Pada Kegagalan

Takutkan kegagalan? Tiga tip atasi rasa takut pada kegagalan.
Sememangnya memerlukan satu keberanian dan kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan diri anda atau memulakan satu perniagaan milik anda. Ianya satu kerja yang sukar dan terdapat ruang yang cukup luas bagi kekecewaan dan kegagalan. Apatah lagi sekiranya anda sebelum ini pernah menempuh kegagalan. Tentu anda ada rasa takut dan fobia untuk cuba lagi bukan?

Selain dari perkataan ‘gila’, perkataan huruf ‘g’ ini agak kasar dan kurang sedap didengar berbanding dengan perkataan ‘g’ yang lain. Apakah igauan kita terhadap kegagalan? Ramai orang melihat kegagalan sebagai satu kesilapan yang sangat besar. Ianya bukan begitu. Apabila saya memulakan laman ini, saya merasakan yang saya tiada apa yang hendak dirugikan dan punya segala untuk diperoleh. Apa yang terjadi jika saya mulakan satu projek dan ianya gagal lalu saya berhenti? Cuba teka? Saya telah memulakan banyak projek dan projek-projek tersebut banyak yang gagal (aduh). Ah! Pedulikannya. Anda berlari ke arah pintu gol, meredah pertahanan, namun adakalanya anda tidak dapat menjaringkan sebarang gol. Namun setiap percubaan anda mendekatkan diri anda kepada jaringan gol.

Berikut adalah bagaimana anda boleh menjamin satu tahap kejayaan tanpa mengambil kira tinjauannya:

Belajar

Lihat setiap usaha sebagai satu pengalaman pembelajaran. Satu kata-kata saya yang suka adalah "adakalanya kita berjaya dan adakalanya kita belajar". Memulakan perniagaan, usaha atau apa sahaja yang anda kerjakan adalah sama seperti mendapatkan segulung ijazah. Orang sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit dan masa bertahun-tahun untuk mendapatkan ilmu ini, tetapi anda berpeluang untuk mempelajarinya dalam dunia sebenar. Anda perlu melihat usaha anda dan dunia ini sebagai satu pengalaman pembelajaran. Anda perlu terbuka untuk belajar dan membina diri. Tanpa mengambil kira berjaya atau gagal usaha anda itu, anda boleh dapatkan apa yang anda telah pelajari darinya dan terapkan dan gunakannya dalam usaha dan percubaan baru dalam hidup anda.

Rangkaian

Rangkaian anda adalah nilai kekayaan anda. Setiap usaha yang anda mulakan akan membawa anda bertemu dengan orang-orang yang baru dikenali. Jangan bersahaja dengan hubungan yang anda bentuk – jadilah proaktif. Setiap orang yang anda temui memberi peluang untuk mengajar anda sesuatu. Kenalilah mereka. Belajarlah dari kejayaan dan kegagalan mereka. Setiap orang yang temui itu mempunyai kemungkinan untuk memperkenalkan anda dengan seseorang yang boleh membantu anda – mungkin bukan hari ini dan mungkin bukan dalam usaha yang sedang anda buat sekarang ini, tetapi mungkin setahun dari sekarang dalam perkara lain yang sangat tiada kaitannya dengan apa yang anda sedang buat sekarang. Jadi sedarilah perhubungan anda dan suburkanlah ia.

Jaga Perhubungan

Apa sahaja yang anda lakukan, layanilah orang yang dengan penuh rasa hormat. Jangan menipu atau ambil kesempatan terhadap orang lain atau terhadap situasi mereka. Kerja tidak menjadi mungkin adalah teruk, namun hubungan tidak boleh sekali-kali menjadi begitu. Lindungi reputasi anda. Dunia ini kecil dan sedang semakin mengecil. Hubungan yang buruk berkemungkinan datang semula menghantui anda. Jadilah insan yang mulia dan professional.

Sekiranya anda ada rasa takut terhadap kegagalan – sama ada untuk memulakan perniagaan sambilan, berucap di hadapan awam, menyertai kursus atau menerima tugasan tambahan semasa kerja – anda akan tidak ke mana. Memang lebih mudah untuk membaca novel, menonton televisyen, atau bermain Facebook berbanding dengan mencuba sesuatu yang baru tetapi pemikiran mengelak risiko ini akan, paling kurang menyebabkan anda tidak berganjak dari keadaan anda sekarang dan, lebih berkemungkinan menyebabkan anda perlahan-lahan ketinggalan dan semakin berada di belakang.

Tidak kiralah betapa pandainya diri anda, kuncinya adalah terus mencuba mendapatkan gol dan satu tendangan yang tidak menepati gol bukanlah satu kegagalan.

Selasa, 25 Februari 2014

Video Anjing Terperangkap Dalam Enjin Kereta

Anjing Terperangkap Dalam Enjin Kereta

Satu pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati seekor anak anjing terperangkap dalam enjin keretanya selepas satu perjalanan sejauh kira-kira 6 kilometer.
Mereka menggunakan kereta berkenaan dari Hallandale Beach  South Florida sebelum menyedari ada sesuatu terperangkap dalam ruangan enjin kereta mereka.
Sepasukan penyelamat dari Pejabat Sheriff Daerah dipanggil ke tempat kejadian dan menemui seekor anjung di dalam bahagian enjin berdekatan stereng kereta jenis Chrysler PT itu.
Penyelamat Sheriff, Mike Jacgles berkata pasangan itu menyedari enjin tidak berfungsi seperti biasa seperti ada benda yang tersangkut.
Dalam masa kurang dua minit, anjing comel yang malang itu berjaya dikeluarkan dan tidak diketahui bagaimana anjing itu boleh berada di dalam enjin sebelum itu.
Anjing itu dibawa oleh para penyelamat untuk diperiksa dan diberikan minum air selepas kehilangan air yang banyak kerana cuaca di South Florida amat panas ketika ini.
Anjing itu diberikan nama gelaran “Road Dog” selepas di selamatkan bandar di Pantai Dania.
Menurut Mike, ia kelihatan seperti sebuah pit stop untuk perlumbaan Indi 500 di mana mereka terpaksa menanggalkan tayar kereta PT Cruiser itu. – Ibnu

Minggu, 23 Februari 2014

Kenyataan tidak bijak dari seorang menteri

Nong Chik: Pembangkang tak pernah pegang kuasa, cetus kekecohan selepas menang

February 15, 2013
Raja Nong Chik juga memberitahu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun memerintah Malaysia sudah membuktikan kemampuan untuk mentadbir dengan baik dan membangunkan negara. — Gambar fail
 
SEGAMBUT, 15 Feb — Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menuduh pembangkang akan mencetuskan kekecohan dan keadaan tidak harmoni jika mengambil alih di Putrajaya memandangkan mereka tidak pernah berkuasa serta memberikan contoh  berlaku di negara Kemboja yang tidak aman hingga sekarang.
 
Raja Nong Chik sebelum ini melawat Kemboja dan menyifatkan negara jiran Asia Tenggara tersebut sebagai mundur dan tidak membangun akibat perubahan kerajaan semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge berkuasa dahulu, serta mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat kesilapan sama jika berhasrat untuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.
“Mereka (Pakatan Rakyat) tidak pernah memegang kuasa.
“Tapi jika sekali mereka memerintah saya yakin perubahan boleh berlaku serta-merta,  negara akan berpecah dan kekecohan akan berlaku dalam negara,” kata beliau.

Dalam ucapannya pada program turun padang di Segambut petang ini, Raja Nong Chik turut menggesa rakyat Malaysia tidak terpedaya dan mempercayai janji perubahan yang diwar-warkan oleh pembangkang.
“Jangan percaya mereka yang berjanji macam-macam, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang janjinya sentiasa ditunaikan.
“Bukan seperti pembangkang!” kata Raja Nong Chik lagi.

Di samping itu, Raja Nong Chik juga memberitahu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun memerintah Malaysia sudah membuktikan kemampuan untuk mentadbir dengan baik dan membangunkan negara.
“Lihat selama 50 tahun kita memerintah Malaysia, kita semua tak kira Melayu, India dan Cina semua boleh bekerjasama.
“Saya juga berkahwin dengan orang Cina,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak seorang yang mementingkan kebajikan dan mendengar suara rakyat dan salah satunya adalah menerusi polisi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0.
“Kerajaan bukan yang hanya pandai berjanji dan menipu, janji yang ditawarkan akan ditunaikan.
“Apa yang boleh bagi, kerajaan akan bagi,” kata beliau lagi.

Najib pada tahun lalu juga mengingatkan rakyat supaya tidak membuat ‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
“Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun lalu.

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.
Malahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan supaya rakyat Malaysia supaya tidak terlalu taksub dan percaya bahawa hanya perubahan dalam pemerintahan negara akan dapat mengubah keadaan hidup mereka.

“Apa jua yang dikatakan oleh Barisan Nasional nampak tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi nampak tidak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu,” kata beliau pada 13 Januari lalu.
PRU ke 13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya Jun dianggap paling sengit dalam sejarah oleh kerana BN yang memerintah Malaysia semenjak 1957 dicabar hebat oleh PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

Dalam Pilihan Raya 2008, buat pertama kalinya penguasaan tradisi majoriti dua pertiga BN dinafikan oleh PR dan beberapa negeri BN seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ketangan PR.
Perak walaubagaimanapun kembali ketangan BN pada tahun 2009 apabila tiga ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) PR keluar dari gabungan tersebut dan menjadi ADUN bebas menyokong BN. TMI

Sabtu, 22 Februari 2014

Kejam Rumah kebajikan aniaya anak yatim

Bekas penghuni rumah anak yatim berkenaan menunjukkan bagaimana mereka melakukan ‘pencak tarik power’ mengikut ajaran pemimpin pertubuhan itu.

PUCHONG – “Anak yatim tidak dibenarkan sama sekali membancuh milo yang penderma sumbang, kalau hendak minum kena beli di kafe kepunyaan rumah kebajikan itu,”demikian dakwa Nur, bekas sukarelawan sebuah rumah kebajikan yang berselindung disebalik nama pertubuhan anak yatim di sini.

Katanya, anak yatim ditempatkan di rumah berkenaan boleh diibaratkan seperti pengemis kerana meskipun sumbangan, diberi orang ramai melimpah ruah namun ia tidak dapat dinikmati mereka.

Lebih mengejutkan sumbangan wang tunai mencecah ribuan ringgit yang disumbangkan individu atau syarikat korporat, lenyap begitu sahaja dipercayai disalurkan kepada sebuah tabung lain dengan tujuan perniagaan.

Nur yang membongkarkan perkara terbabit berkata, segala-galanya bermula apabila dia mula menjadi sukarelawan di rumah kebajikan berkenaan pada 2007.

Pada awalnya kata Nur, dia tidak dapat menghidu penyelewengan itu sehinggalah anak-anak yatim berkenaan mendakwa mereka dipinggirkan.

Wang sumbangan termasuk duit raya yang didermakan orang ramai kepada penghuni rumah akan ‘diambil’ pengurusan dan anak-anak tidak diberi wang walau sesen pun dengan alasan mereka sudah menghuni rumah itu secara percuma.

Lebih menyedihkan anak-anak kecil yang melakukan persembahan di luar dari jam 7.30 pagi hingga kadang kala jam 10 malam dan diberi bayaran antara RM300 hingga RM400 oleh pihak tertentu juga tidak pernah dapat merasa wang itu.

"Apabila anak-anak berkenaan bertanyakan bahagian mereka, pihak pengurusan akan mengatakan wang berkenaan perlu disumbang ke dalam sebuah tabung.

"Pihak itu akan beritahu, duit disimpan dalam tabung adalah sebagai saham untuk pejuangan Islam," katanya.

Kepada anak-anak kecil pula kata Nur, pihak pengurusan akan memberitahu lebih banyak wang disimpan dalam tabung itu, lebih besar peluang mereka menunaikan haji dalam mimpi bersama seorang pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

"Bagi penghuni dewasa, pengurusan sering mengungkit isu mereka diberi peluang tinggal di situ secara percuma," ujarnya.

Nur berkata, dia pernah memegang duit mencecah RM1,000 tinjauan sumbangan orang ramai namun wang itu kemudian dijadikan modal untuk pertubuhan berkenaan membuka sebuah butik.

"Wang itu sepatutnya diagihkan untuk keperluan anak-anak, sayangnya mereka tergamak menggunakannya untuk tujuan lain dan tidak menggantikannya semula,"katanya.

Apabila ditanya mana wang itu, pihak pengurusan akan mendakwa mereka sudah bayar kepada anak-anak yatim sedangkan ia tidak berlaku.

Sekiranya didesak dan perkara itu dipertikaikan, pihak pengurusan sekali lagi minta supaya penghuni tidak berkira.

Kata Nur, pertubuhan kebajikan itu menerima pelbagai sumbangan setiap hari untuk keperluan penghuni, namun barang makanan diperoleh akan dijadikan modal perniagaan untuk kafe yang dibuka pihak pengurusan.

“Sakit hati apabila melihat mereka bertindak sedemikian, makanan sumbangan orang ramai, mereka jadikan barang jualan, kalau penghuni hendak minum kena bayar, siapa tiada duit kena hutang, bila dapat duit sumbangan kena bayar balik,”katanya.

Bukan sahaja makanan, pakaian tinjauan sumbangan orang ramai juga perlu dibayar penghuni kepada pihak pengurusan menggunakan wang bantuan diterima.

Paling dikesali Nur, barang makanan sumbangan orang ramai juga kadang kala dikumpul dan dihantar untuk kegunaan perniagaan restoran yang dijalankan pertubuhan itu di luar negara sedangkan penghuni sendiri langsung tidak diberi peluang menikmatinya.

Pernah menurut Nur, penyumbang menghantar ikan segar ke rumah pertubuhan berkenaan, namun tidak lama selepas itu akan datang sebuah van dan membawa semua bekalan lauk pergi.

"Anak-anak hanya dihidangkan sardin dan ikan masin sahaja sedangkan ada pelbagai jenis hidangan lazat dihantar mereka yang bersimpati dengan nasib anak yatim. Hanya ikan murah, sudah pecah perut dan kurang segar ditinggalkan untuk dimakan anak-anak yatim," katanya.

"Bila pihak atau syarikat luar buat program di situ sahaja anak-anak yatim boleh makan sedap," ujarnya lagi.

Jelas Nur, hakikatnya pertubuhan itu dianggap paling kaya dengan limpahan sumbangan pihak-pihak yang bermurah hati.

Setiap kali menjelang perayaan, pelbagai pihak akan datang memberi bantuan dan menjemput anak-anak membeli keperluan raya di luar.

Namun katanya, anak-anak yatim sebenar hanya meminjamkan tubuh badan mereka sahaja untuk pengukuran saiz sedangkan pakaian itu tidak sampai ke tangan mereka.

Sekiranya, dijemput membeli pakaian raya lebih 10 kali pun, sehelai baju pun anak-anak yatim tidak dibenarkan ambil.

"Pada malam raya apabila penghuni pulang ke rumah saudara-mara atau ibu yang masih ada, anak-anak jemaah sebuah pertubuhan akan datang  ambil pakaian milik anak yatim itu," katanya.

Bagi anak-anak yatim peringkat sekolah menengah, mereka akan dapat peluang mengikut agensi atau syarikat penyumbang membeli pakaian raya tetapi sekali sahaja.

Yang lainnya akan diberi giliran kepada anak-anak jemaah sedangkan mereka mempunyai ibu dan bapa.

"Puluhan tong biskut raya yang diterima pusat kebajikan itu juga tidak diberi kepada anak-anak yatim untuk dibawa pulang ke rumah mereka," katanya.

Menyentuh hal beriadah di luar, Nur berkata pihak pengurusan pertubuhan kebajikan itu akan buat surat minta tajaan pihak luar.

Meskipun tajaan sudah diperoleh, anak-anak yatim tetap kena bayar menggunakan duit yang ada pada mereka termasuk bantuan kewangan diberikan oleh sekolah.

Orang luar ada juga yang mengambil anak-anak yatim sebagai anak angkat, mereka perlu masukkan duit ke dalam tabung pengurusan bukan terus ke dalam akaun bank anak-anak sendiri.

Duit bulanan sebanyak RM300 juga tidak sampai kepada anak-anak menyebabkan baju sekolah tidak dibeli baru dan mereka dalam keadaan selekeh ke sekolah.

Bila ditanya ke mana duit anakanak yatim pemberian ibu bapa angkat mereka, pihak pengurusan kata tidak perlu bazir keluar duit beli baju sekolah anak-anak kerana boleh minta sumbangan daripada orang lain pula.

Apabila sudah dicarikan tajaan untuk keperluan anak-anak, duit itu diambil dan dibuat perkara lain.

Pernah satu ketika, Nur berkata, dia dimarahi kerana menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk mendaftarkan anak-anak tidak bersekolah ke tadika.

“Pihak pengurusan kata tidak boleh gunakan wang sumbangan hantar anak-anak ke sekolah sedangkan pada saya itu memang hak anak-anak tetapi saya dimarahi dan mereka katakan biar orang ramai lain bayarkan, jangan bayar nanti rugi," katanya.

Guna anak yatim raih simpati

Anak yatim diletakkan di hampir 100 pertubuhan kebajikan rumah amal di seluruh negara dikatakan hanya sebagai strategi pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai.

Kewujudan pendaftaran untuk warga emas, ibu tunggal dan orang kampung yang miskin juga dikatakan menjadi salah satu taktik pusat kebajikan dinaungi pertubuhan di negara ini bagi mendapatkan lebih banyak sumbangan.

Nur mendakwa, bantuan yang diberikan kepada golongan itu hanya diberi sekali sekala untuk menutup mata awam mengenai aktiviti dilakukan pihak terbabit.

Pengurusan pertubuhan biasanya tidak memberi bantuan berterusan dan kadang kala mereka yang berdaftar dengan pertubuhan akan dilayan secara kasar sekiranya mahu meminta sumbangan walau sekampit beras.

“Ada warga emas atau orang miskin yang kadang-kadang terpaksa tunggu dari pagi sampai petang hanya untuk dapat sekampit beras sedangkan beras banyak di stor, kadangkadang mereka disuruh balik.“Apabila saya tanya mengapa tidak beri beras sedangkan bekalan ada, jawab pihak pengurusan tidak perlu tolong orang miskin selalu dan perlu lebih mementingkan mereka yang berada di sekeliling pemimpin pertubuhan itu,” katanya.

Sumbangan diberi orang ramai kepada pertubuhan adalah milik pemimpin dan hanya boleh diedar untuk rumah pemimpin sahaja. "Akibatnya, anak-anak yatim kecil dan dewasa hidup bagaikan pengemis duduk  situ, ramai antara mereka yang sudah besar keluar, yang tinggal hanya anak jemaah," katanya.

Anak-anak kecil yang menghuni pertubuhan kebajikan di situ jelas Nur akan didoktrinkan untuk taksub kepada pemimpin dan mengamalkan ajarannya. Untuk mengetahui lebih terperinci ‘ajaran’ di rumah kebajikan itu, Nur mendakwa dia meletakkan anaknya sebagai penghuni untuk menyiasat perkara berkenaan.

Selepas media melaporkan mengenai kegiatan di rumah pertubuhan itu baru-baru ini, ramai anak yatim yang sudah keluar, yang tinggal hanya beberapa orang sahaja,yang lain semua anak jemaah.

"Tidak tahu ke mana hala tuju anak-anak yatim ini bila mereka keluar dari rumah berkenaan kerana majoriti mereka tidak dipantau semasa di pertubuhan dan apabila keluar  dari rumah.

"Bila polis hendak buat program, mereka akan pesan anak-anak sorok gambar pemimpin pertubuhan itu, jangan sebut namanya, kalau orang tanya kenal atau tidak, kata tidak kenal," katanya.

Amalan pelik selepas solat

Menurut Nur penghuni pertubuhan kebajikan akan solat mengikut waktu namun yang menghairankan wujud pertambahan bacaan. Jika ada tetamu datang berkunjung, penghuninya akan  solat seperti biasa namun jika sebaliknya kesemua mereka wajib membaca zikir memuja pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

Apabila Hari Raya pula, mereka tidak solat di surau atau masjid tetapi di surau sendiri dan akan membaca khutbah mengenai pemimpin mereka yang kononnya memiliki seribu satu keajaiban. Kanak-kanak kecil  dipesan supaya tidak melakukan amalan pelik itu di depan orang dan tidak menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Katanya, sesiapa yang tidak mahu mengamalkan ‘pencak’ dan zikir berkenaan akan dimarahi. Amalan ini turut disedari penjaga sehingga ada yang mengambil keputusan membawa anak-anak yatim keluar dari rumah itu.

"Bila ada orang meninggal, golongan jemaah akan kata mudahmudahan ditempatkan bersama pemimpin yang sudah meninggal itu," katanya. Bagi mereka beruntunglah sesiapa yang dapat duduk dengannya. Lepas Maghrib, kesemua jemaah dan anak-anak akan buat ‘pencak tarik power’ hingga Isyak.

Ketika aktiviti itu dilakukan, mereka tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon bimbit dan tidak boleh merakam gambar.

Pengakuan anak yatim perempuan 10 tahun

‘ Abah (bukan sebutan sebenar tetapi ganti panggilan kepada pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia) tolong selamatkan kami dari sihir... tolong beri kami program banyak... dapat makanan banyak...’ itu antara zikir yang perlu dibaca anakanak yatim pertubuhan berkenaan. Menurut bekas penghuni rumah anak yatim itu, setiap hari selepas solat Subuh, mereka akan buat pencak kemudian berzikir menyebut nama pemimpin itu supaya menolong mereka... Abah tolong kami... sebanyak 50 hingga 100 kali.

Menyentuh soal makanan, meski sumbangan banyak, mereka tidak boleh tambah nasi dan lauk, sekiranya berdegil akan dipanggil anak setan. “Orang sumbang macam-macam tetapi kami tidak dapat rasa, ayam  seketul pun kena berkongsi,” katanya.

Pengakuan anak yatim lelaki 10 tahun

Bagi bekas penghuni yang mahu dikenali sebagai Muhammad, dia sedar amalan-amalan diajar di rumah berkenaan pelik dan  tidak masuk akal, namun setelah lama menghuni rumah tersebut, perkara itu menjadi kebiasaannya.

Biasanya penghuni akan disuruh menolak syaitan dengan kaedah berdiri sambil menolak dan menarik tangan ke depan ke belakang. "Benda ini kena buat secara bersembunyi, kalau ada tetamu datang kena solat  biasa, belakang-belakang kena baca zikir itu," katanya. Kalau tidak buat, akan dipukul dengan batang bendera dan dicubit sehingga rasa macam nak terkencing.

“Mak yang keluarkan saya dari rumah itu bila nampak ada yang pelik,” katanya. Sejak menghuni rumah itu Muhammad berkata, dia hanya memperoleh duit belanja sekolah 50 sen sehari, kadang-kadang tidak  diberi meski pun tahu banyak sumbangan diperoleh rumah berkenaan.

Pengakuan anak yatim perempuan 17 tahun

“Langsung tiada baca doa memohon kepada ALLAH, kalau nak minta sesuatu mesti mohon  daripada Abah,” kata bekas penghuni rumah berkenaan yang melarikan diri kerana tidak sanggup mengamalkan ajaran pelik di rumah anak yatim itu. Katanya, jemaah yang dewasa ada tasbih sendiri berbentuk seperti gelang dan dipakai di tangan.

“Bila orang tiada mereka akan berzikir menyebut Abah, saya tidak tahan duduk sana, duit sumbangan orang ramai diberi kepada kami diambil selepas itu kena pula amal ajaran bukan-bukan," katanya.

Jumat, 21 Februari 2014

Makna di Balik Ketupat Lebaran

Lebaran tiba. Saatnya makan ketupat. Tradisi ketupat lebaran sudah menjadi bagian tidak terpisahkan dari kehidupan masyarakat Indonesia.

Kenapa ketupat? Kapan tradisi membuat ketupat ini dimulai? Sayangnya, belum ada referensi ilmiah tentang makanan khas ini. Namun, ada yang mengira-ngira, tradisi membuat ketupat sudah ada sejak masuknya Islam ke tanah Jawa, sekitar tahun 1400-an.

Dalam bahasa Jawa, ketupat disebut kupat . Kata kupat berasal dari suku kata  ku = ngaku (mengakui) dan    pat  = lepat (kesalahan) . Sehingga ketupat menjadi simbol mengakui kesalahannya.

Tradisi ketupat lebaran kiranya dapat dikaitkan dengan peran para wali, terutama walisongo dalam penyebaran Islam di Indonesia. 

Boleh jadi, tradisi kupatan sudah ada pada zaman pra-Islam Nusantara, sebagaimana tradisi selamatan yang juga sudah ada dan berkembang di Indonesia. Namun tradisi kupatan kemudian memperoleh sentuhan baru di zaman penyebaran Islam oleh Walisongo di dalam kerangka untuk menghadirkan tradisi yang akomodatif atau akulturatif di dalam masyarakat Jawa dan Nusantara pada umumnya.

Dari sisi bahasa, kupatan (bahasa Jawa) kiranya berasal dari kata Kaffatan (Bahasa Arab) yang memperoleh perubahan bunyi dalam ucapan Jawa menjadi kupatan. Sama dengan kata barakah (bahasa Arab) menjadi berkat (bahasa Jawa) atau salama (bahasa Arab) menjadi selamet (bahasa Jawa).

Maka secara istilah, dapat dinyatakan bahwa kupatan adalah simbolisasi dari berakhirnya bulan puasa dan menandai terhadap kesempurnaan atau kaffatan di dalam kehidupan individu dan masyarakat. Jadi tradisi kupatan sebagai penanda terhadap keislaman manusia yang sudah sempurna.

Sebagaimana di dalam Al-Qur’an disebutkan:

“udkhulu fi al silmi kaffatan, wa la tattabi’u khuthuwat al syaithon, innahu lakum ‘aduww al mubin”.

Yang artinya kurang lebih “masuklah Ente sekalian ke dalam Islam secara sempurna dan jangan Ente ikuti jalannya syetan, sesungguhnya syetan itu adalah musuh yang nyata”.

Dalam gambaran para waliyullah itu, bahwa kupatan adalah simbolisasi seseorang yang sudah memasuki Islam secara sempurna. Indikasinya sebagai berikut:

1. Sudah melaksanakan puasa sebagai tazkiyat al nafs
2. Melaksanakan zakat sebagai tazkiyat al mal 
3. Dan juga hablum min al nas dalam wujud saling silaturrahmi untuk meminta maaf kepada sesama manusia. 

Orang yang seperti ini maka digambarkan sebagai orang yang kaffah, sempurna. Kehidupannya telah memasuki dunia fitrah, suci dalam konsepsi keberagamaan.
 
Selain itu, ada juga yang bilang, ketupat atau kupat berasal dari kata laku papat . Laku  artinya perbuatan , papat  artinya empat . Kempat perbuatan yang hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sampai 1 Syawal itu adalah: puasa Ramadhan, tarawih, zakat, dan salat Ied.

Tradisi menyajikan ketupat pada hari Lebaran, bukan hanya ada di Indonesia. Di Malaysia, Brunai, Singapura, Filipina, juga Kepulauan Cocos (di Australia) ternyata ketupat juga dibuat saat merayakan Lebaran.

Proses pembuatan ketupat
Untuk membuat ketupat, kita perlu daun kelapa yang masih muda yang disebut janur. Bungkus ketupat dibuat dari 2 lembar janur yang dianyam menjadi sebuah wadah. Setelah itu, bungkus ketupat diisi beras yang sudah dicuci bersih dengan ukuran dua pertiga bagian dari volume bungkus ketupat.


Setelah itu, ketupat dimasak selama 5 jam atau lebih sampai benar-benar masak. Ketupat yang sudah masak ditiriskan, lalu diangin-anginkan. Ketupat yang betul-betul sudah masak biasanya tahan sampai 2 hari. Setelah itu, bisa dikukus lagi agar tidak basi.

Kalau direka-reka, bentuk ketupat itu serupa dengan bentuk hati. Konon, rumitnya anyaman yang membungkus ketupat merupakan simbol berbagai kesalahan manusia yang membungkus hati kita.

Bagaimanapun, ketupat kini sudah menjadi bagian budaya di Nusantara. Selamat bersilaturahmi sambil ber-ketupat-ria. 
 
 
sumber

Rabu, 19 Februari 2014

Gadis Ejen Licik Menipu


Kesemua mangsa penipuan menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung ejen pelancongan berkenaan.

SUNGAI PETANI – Seorang gadis berusia 23 tahun dari bandar ini dikesan licik menjalankan kes penipuan berhubung pakej pelancongan kepada orang ramai sebelum membatalkan perjalanan di saat akhir setelah bayaran dibuat.

Gadis tersebut juga didakwa giat menjalankan pelbagai perniagaan dengan menawarkan khidmat menjadi ejen produk tetapi liat ketika diminta menjelaskan bayaran dengan pelbagai alasan.

Pengadu, Nor Suriani Badri, 34, berkata, dia termasuk 13 individu lain telah membuat tempahan bercuti ke Bali selama empat hari tiga malam melalui ejen berkenaan pada tarikh 11 Ogos lalu, namun perjalanan dibatalkan hanya beberapa jam sebelum bertolak.

“Empat orang sudah pun berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) apabila dimaklumkan jam 3 pagi bahawa perjalanan kami dibatalkan atas alasan tidak munasabah,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Suriani berkata, walaupun ejen terbabit sudah menjelaskan RM6,500 setelah dipaksa, tetapi mereka tetap mahu bersemuka dengan gadis berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.

[KES 2] Mangsa, Nasrul Md Junid, 42, berkata, sebaik sahaja mengetahui perjalanan ke Bali dibatalkan saat akhir, dia bersama 22 ahli keluarga yang membuat tempahan ke Semporna, Sabah September nanti khuatir apabila mengetahui menggunakan khidmat ejen yang sama.

Nasrul berkata, sebaik sahaja mengetahui lawatan ke Bali dibatalkan, dia telah membuat pengesahan dengan syarikat penerbangan dan tempat penginapan yang didakwa sudah ditempah, namun tiada nama ahli keluarganya.

“Pada Mei lalu, kami telah membayar lebih RM8,000 untuk penerbangan dan hotel selain membuat tempahan sendiri untuk aktiviti sukan di sana lebih kurang RM3,000.

“Pada 16 Ogos lalu, gadis berkenaan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada salah seorang ahli keluarga mengatakan tiket penerbangan telah ditempah.

“Khuatir ditipu, kami membuat pengesahan dengan syarikat penerbangan tetapi dimaklumkan bahawa ejen hanya membayar RM440 manakala tempahan hotel juga tidak dilakukan,” katanya.

Nasrul berkata, maklumat terbaru diperoleh, tempahan untuk ahli keluarganya dibatalkan syarikat penerbangan kerana tiada bayaran sepenuhnya dibuat dalam tempoh tertentu sedangkan dia sudah membuat pembayaran sepatutnya.

Bagi mendapatkan penjelasan, ahli keluarga menghubungi ejen terbabit tetapi semua talian tidak berfungsi. Menurutnya, dia mahukan ejen pelancongan terbabit membuat tempahan semula penerbangan atau memulangkan kembali harga tiket mengikut kadar semasa memandangkan semua persiapan telah dibuat termasuk memohon cuti kesemua ahli keluarga
termasuk yang tinggal di luar daerah.

[KES 3] Mangsa, Rasinah Saad, 37, mendakwa, kegiatan gadis berkenaan dijalankan secara licik di mana modus operandi sama dilakukan melibatkan penipuan wang. “Dua tahun lalu, gadis sama telah menjadi ejen produk penapis air melibatkan kos lebih RM4,000 namun hanya membayar separuh daripadanya,” katanya.

[KES 4] Leana Ramli, 29, turut menggunakan khidmat ejen pelancongan sama ketika bercuti ke Hatyai 10 Ogos lalu bersama 30 ahli keluarganya. Menurutnya, khidmat yang diberikan tidak memuaskan selain terpaksa membuat bayaran tambahan kepada pemandu van dan bas setelah tiba di sana.

“Kebanyakan destinasi dituju tidak sama seperti dirancang termasuk pengangkutan terpaksa dibayar dengan wang sendiri,” katanya.

Menurut Leana, kebanyakan urusan dilakukan menerusi laman sosial Facebook dan tidak menyangka lebih ramai mangsa ditipu selepas pendedahan dibuat menerusinya.

Gadis tersebut turut dikesan melakukan penipuan kepada pelanggan yang berada di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Selangor apabila masing-masing menunjukkan laporan polis dibuat menerusi laman sosial berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Selasa, 18 Februari 2014

Page Diskaun Saman Trafik TIDAK BENAR

Page Diskaun Saman Trafik TIDAK BENAR


Kewujudan page Diskaun Saman Trafik (PDRM) di Facebook bagi tujuan memberi diskaun kepada saman Polis Diraja Malaysia adalah TIDAK BENAR.
Pihak polis tidak pernah mewujudkan khidmat sedemikian di Facebook.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan page berkenaan yang tersebar melalui blog mahupun perkongsian di dalam Facebook. (FB PDRM)

Senin, 17 Februari 2014

Psy Kenakan Bayaran Lebih RM2 Juta Kalau Nyanyi Lagu Gangnam Di Malaysia!

Psy Kenakan Bayaran Lebih RM2 Juta Kalau Nyanyi Lagu Gangnam Di Malaysia!


Macam nak tersembul bijik mata Murai Batu bila dapat tentang harga yang diletakkan oleh pihak pengurusan rapper Korea, PSY jika mahu dia mempersembahkan lagu Oppa Gangnam Style di negara ini.
Bayangkanlah untuk sebuah lagu itu saja dia minta harga USD750,000. Kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, nilainya adalah RM2,295,000. Ya, ampun…
Tak sangka ya, nak suruh si PSY menyanyi sambil mempersembahkan tarian Oppa Gangnam Style pun nak kena bayar sampai lebih RM2 juta.
Mentang-mentanglah, Oppa Gangnam Style itu tengah jadik fenomena, harga yang dikenakan pun bukan main lagi cekik darah. Bayar Justin Bieber pun tak banyak tu…
Yang syoknya tu, bayaran sebanyak RM2,295,000 dikenakan hanya untuk sebuah lagu saja iaitu Oppa Gangnam Style. Kalau nak murah sikit, boleh. Tapi, PSY hanya muncul lambai-lambai dengan peminat sambil menyanyi lagu Oppa Gangnam Style tapi tak menari dan harga yang dikenakan lebih kurang RM1,989,000.
Haaaa…Kelas tak Psy.
Sebenarnya Murai Batu dapat tahu cerita ni daripada seorang rakan sebab dia dengan seorang lagi rakannya itu berhasrat untuk bawa masuk Psy ke Malaysia sempena projek Hari Belia.
Kononnya untuk projek Hari Belia itu nant, dia dengan rakannya mahu sangatlah si Psy ni perform Oppa Gangnam Style versi Malaysia.
Tapi, bila dapat tahu saja betapa mahalnya bayaran yang dikenakan pihak pengurusan Psy hanya untuk mendapatkan dia menyanyi serta menarikan lagu Oppa Gangnam Style itu, dia dengan rakannya terus senyap dan terkedu.
Sebab tahu, susah nak bawa masuk PSY dengan harga itu, kecuali kalau dapat cari penaja yang sanggup taja Psy ke sini. Tapi ada ker? Nampak gayanya, rakan Murai Batu itu tak mahu putus asa. Dia tetap nak cuba. Semoga berjaya…
MURAIBATU: Nak buat Oppa Murai Style!!!

Minggu, 16 Februari 2014

Ganas sungguh depa ni Billboard Keadilan pula menjadi mangsa

 


Bukan disebabkan dipukul ribut billboard turunkan harga minyak yang didirikan oleh KeAdilan ini tumbang menyembah bumi, tapi kerana keganasan yang timbul akibat ketakutan oleh UMNO terhadapnya.

Billboard "Harga Minyak Turun" yang telah didirikan oleh pihak KeAdilan di KM383, Lebuhraya Utara Selatan ini didirikan sebagai medium untuk menyampaikan kepada rakyat antara agenda Pakatan Rakyat andaikata berjaya ke Putrajaya telah menjadi mangsa samseng upahan UMNO.


Ini terbukti dengan kesan potongan menggunakan "Dics Grinder" pada ditiang billboard tersebut.



Apa yang mereka takut dengan Billboard" ini agaknya hingga mereka mengambil tindakan untuk merobohkannya?

Adakah mereka yakin dengan tindakan mereka ini, mereka berjaya menghalang agenda Pakatan Rakyat diketahui oleh rakyat?



Apa yang terbukti dari tindakan mereka ini ialah, mereka sebenarnya kini dalam ketakutan yang amat sangat hinggakan billboard yang tidak bernyawa itupun menjadi sasaran mereka.

Ketakutan mereka kini umpama seekor biawak yang dikepung, merasakan nyawanya terancam ianya akan melanggar apa saja ynag mengepungnya biarpun ianya adalah tiang sekalipun..
Anak Sungai Derhaka
Lagi gambar sila lihat di ( SINI )

Sabtu, 15 Februari 2014

Subhanallah! Jerung Pelik Bermata Dajal

Subhanallah! Jerung Pelik Bermata Dajal

Seorang nelayan di California menemui seekor ikan pelik yang dikatakan jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.
Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu.
Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ikan pelik itu adalah palsu.
Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan.
Pakar ikan jerung,Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies ikan pelik tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”
Apa-apa pun, betul atau tidak, jom kita tengok dulu gambar pelik ikan jerung yang bermata satu ni. Subhanallah! (Nota: Takkan National Geographics nak tipu kot hehe) SUMBER

1
2
3
4
5
6

Jumat, 14 Februari 2014

Penampakan Lembaga Hitam Di Sebuah TOKO

Menurut dari sumber yg NH perolehi gambar ini di ambil oleh seorang teman kepada gadis di dalam gambar ini di sebuah pasaraya yg sudah di tutup.. pada mulanya gadis yg bernama merry ini tidak perasan akan adanya penampakan tersebut, sehinggalah dia menunjukkan gambarnya itu kepada rakan-rakannya barulah dia dapat tahu yg terdapat susuk hitam pada gambar itu sedang berdiri di belakangnya.. seolah-olah lembaga itu turut sama mahu bergambar dengannya..

tempat itu juga memang terkenal dengan kisah-kisah mistik, pekerja-pekerja yg berdekatan juga tidak terkecuali pernah terlihat kelibat penampakan hantu di sekitar tempat tersebut..

Security di situ juga turut mengakui dengan penampakan hantu di kawasan itu.. tapi beliau menganggap itu sudah menjadi satu  kebiasaan..

Kamis, 13 Februari 2014

Hina Islam Umno subahat demi jaga hati MCA

Harakahdaily, 22 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Ulama Umno sepatutnya mengajar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa menghina hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Soi Lek selaku Presiden MCA di Perhimpunan Agung MCA ke-59, kelmarin.

Katanya, Chua nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

“Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina hudud,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Begitu juga, jelasnya memperlekehkan hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan Rasul-Nya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah hudud.

Justeru, kata beliau memperlekeh dan menghina hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta hudud dan pembawa risalahnya.

“Jika Umno begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., Umno juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud.

“Tetapi Umno nampaknya tidak akan menegur Datuk Seri Chua kerana penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. melalui Hudud menguntungkan politik Barisan Nasional khususnya untuk menarik undi orang Cina,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS.

Buktinya, kata beliau ucapan Chua tersebut dibuat di hadapan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedikit pun tidak menegurnya.

Bahkan, ujarnya ketika sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung tersebut, Datuk Seri Chua berkata "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain”.

“Kenyataan seumpama ini menggambarkan bahawa Umno bersubahat menolak hudud demi menjaga hati MCA lebih daripada menjaga hati Rasulullah s.a.w,” katanya lagi.

Selasa, 11 Februari 2014

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS


  • 11 Sep 2103
    Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

    Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

    Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

    Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

    Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.
    sumber
    BAHAYA MEMBUNUH LIPAS  Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kera isi perut lipas sangat bahaya.  Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.  Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.  Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.  Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.  SHARE kepada yang lain ok..

Senin, 10 Februari 2014

10 Keajaiban Dunia yang Terlupakan

Banaue Rice Terraces, Philippines

The Banaue Rice Terraces adalah teras berusia 2000 th yang terukir di pegunungan Ifugao di Filipina oleh nenek moyang orang-orang pribumi. Rice Terraces biasanya disebut oleh Filipina sebagai "Eighth Wonder of the World". Hal ini biasanya berpikir bahwa teras dibangun dengan peralatan minim, sebagian besar dengan tangan. Teras ini terletak sekitar 1500 meter (5000 kaki) di atas permukaan laut dan mencakup 10.360 kilometer persegi (sekitar 4000 mil persegi) dari gunung 
 
Sigiriya, Sri Lanka

Sigiriya (Lions rock) adalah benteng batuan kuno dan reruntuhan istana terletak di pusat Kabupaten Matale Sri Lanka, dikelilingi oleh sisa-sisa jaringan yang luas kebun, waduk, dan struktur lainnya
Sigiriya dibangun pada masa pemerintahan Raja Kassapa I (AD 477-495), dan merupakan salah satu dari tujuh Situs Warisan Dunia Sri Lanka
 
 
Tower of Hercules, Spain

Menara Hercules merupakan nama sebuah mercusuar kuno yang terletak di A Coruña, Spanyol. Menara ini mulai dibangun pada tahun 1788Toruń, Poland
Toruń ialah sebuah kota di Polandia di Województwo kujawsko-pomorskie di sungai Wisła (Vistula).
Kota ini terkenal dengan daya tariknya seperti daerah arsitekturnya dan kota pendidikan yang terkenal (seperti Universitas Nicolaus Copernicus di Toruń).
 
 
Ajanta Caves, India

The Ajanta Caves di Maharashtra, India adalah batu-monumen gua yang berasal dari abad kedua SM, berisi lukisan-lukisan dan patung dianggap sebagai mahakarya seni agama Buddha baik dan gambar-gambar seni universal. 
 
Valley of Flowers, India

Lembah Bunga Taman Nasional adalah sebuah taman nasional India, Nestled tinggi di Himalaya Barat, yang terkenal dengan padang bunga alpine endemik dan keindahan alam yang luar biasa. 
 
Metéora, Greece

The Meteora ( "batuan yg dihentikan") adalah salah satu biara Ortodoks Timur kompleks yang terbesar dan paling penting di Yunani, kedua dari Gunung Athos. Keenam biara dibangun di atas pilar batu pasir alam, di tepi barat laut Dataran Thessaly dekat sungai dan Pindus Pineios Pegunungan, di pusat kota Yunani. 
 
Bagan, Myanmar

Bagan (pengucapan [pəɡàN]), sebelumnya Pagan, adalah kota kuno di Divisi Mandalay, Myanmar. Sebelumnya dijuluki Arimaddanapura atau Arimaddana dan juga disebut Tambadipa atau Tassadessa. Kota ini merupakan ibukota beberapa kerajaan kuno di Burma 
 
Leptis Magna, Libya

Leptis Magna merupakan salah satu bangunan bersejarah yang terletak di pinggiran kota Tripoli. Ini adalah sebuah kota terkemuka Kekaisaran Romawi.

 
Library of Celsus, Turkey

Perpustakaan Celsus (di Turki) dibangun untuk menyimpan 12.000 gulungan dan untuk melayani sebagai makam monumental bagi Celsus (yang telah mjd konsul di 92 M, Gubernur Asia pada 115 AD, dan seorang kaya dan populer oleh warga lokal). Bangunan ini penting sebagai salah satu contoh yang masih tersisa Romawi kuno yang dipengaruhi perpustakaan. Ini juga menunjukkan bahwa perpustakaan umum yang dibangun tidak hanya di Roma sendiri tapi di seluruh Kekaisaran Romawi.
 
 
sumber

Minggu, 09 Februari 2014

Kelenteng Hok An Kiong Yang Legendaris Di Surabaya

Kelenteng yang satu ini biasa disebut dengan nama Kelenteng coklat. Bukan karena kelenteng ini terbuat dari coklat. Atau bukan pula  Bangunannya berwarna coklat karena warna bangunannya tak beda dengan warna kelenteng lainnya. Yaitu penuh dengan warna terang dan mencolok yang didominasi merah, kuning , dan hijau. 

 

Pasalnya,  Kelenteng yang bernama Kelenteng Hok An Kiong  ini berlokasi di Jalan  Coklat No. 2 Surabaya, Jawa Timur. 

Kelenteng yang konon paling tua di Surabaya ini didirikan pada Tahun 1830 oleh Hok Kian Kong Tik, perkumpulan orang Tionghoa asal Hok Kian. 


Dalam Sejarah nya, pada awalnya  kelenteng ini berfungsi  sebagai tempat menginap sementara bagi orang-orang yang baru datang dari Tiongkok. 



 Namun dalam perjalanannya secara perlahan  tempat tersebut berubah fungsi menjadi Tempat  Ibadah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


BreakSession :
Baca juga artikel-artikel menarik lainnya di Blog ini dengan LangsungKLIK Linkdi bawah ini atau kata-kata berwarna Biru lainnya :


OLeh-oleh Khas Tuban 

Play Group Hidayatullah - Tuban
Taman Kanak-Kanak Integral Hidayatullah - Tuban 

Meraup Kesegaran Alami Di Pemadian Bektiharjo
Iklan Pajak Keliru Ala Tuban
Harimau di kelenteng Kwan Sing Bio
Wanita Mini 75 cm dari Tuban 
 
Rumah Kucing Di Lamongan 
Pesona Kuda Jingkrak di Tuban
Rumah Sakit Hantu Di Lamongan 
Foto Gus Dur di Kelenteng Boen Bio


Ikon Ala Nazi di Kelenteng Kwan Sing Bio
Camilan Ampo Yang Terbuat dari Tanah
Menguji Adrenalin di Watu Ondo
Rambu Ala Slankers Di Bojonegoro
Buah Kepel Sebagai Deodoran Alami
Nikmat dan Segarnya Es Dawet Siwalan
Indahnya Alun-alun Tuban di Malam Hari
Pesona Kesegaran Air Terjun Sri Getuk
Ribuan Ikan dan Kelelawar di Gua Ngerong
Gemerlap Istana Dalam Gua 
 
Museum Anak Kolong Tangga
Jangkar Bermata Empat Di Museum Kambang Putih
Pesona Keindahan Candi Prambanan
Pondok Pesantren Dalam Gua Yang Fenomenal
Minuman Legen Yang Nikmat dan Segar
Jejak Majapahit di Candi Jabung  
=================================================================

         
      
Seperti Kelenteng lainnya, Kelenteng ini memiliki dewa utama bernama Makco Poo  yang konon asli didatangkan dari Tiongkok.. Dewa Makco Poo adalah dewa yang dikenal mengusai tujuh samudera. Patung Dewa Makco Poo   itu  berdiri di pilar utama   di samping pintu  dan berada di antara 22 patung yang ada di dalam tempat sembayang. 

 
  
Karena dipercaya menguasai tujuh Samudera, ada tradisi unik di masyarakat Tionghoa yang biasanya membawa patung Makco Poo bila mereka sedang berpergian melalui Laut atau samudera  agar perjalanan mereka senantiasa lancar dan selamat.


Selain untuk sembahyang, keberadaan Makco Poo di Klenteng Coklat juga dipercaya membawa ketenteraman dan kemakmuran bagi Warga sekitar.

 
 Kelenteng Hok An Kiong saat ini  dikelola oleh Yayasan Sukhaloka.  Ada 23 kegiatan ritual yang diselenggarakan di Kelenteng ini.

.
 Diantaranya adalah :  upacara sembayang Toa Pek Kong turun, King Thi Kong, hari lahir nabi Lo Cu,

 Kenaikan nabi Khonghucu, hari lahir Thian Siang Sing Bu, hari lahir Ji Lay Hudcoh Wezak, hari lahir Kwan Ping, hari lahir Wi To Posat, Kwan Se Im Posat dapat gelar Buddha. 

  
Selain itu juga hari lahir Kwan Kong, rebutan / pohto, Tiong Chiu Cat, kenaikan Kong Tik Cun Ong, hari lahir nabi Khonghucu, Kwan Kong dapat gelar To, Kwan Se Im Posat menyucikan diri, Toak Pek Kong Naik/Sang Sin, dan malam Tahun Baru Imlek. 


Diantara ritual itu yang paling menonjol   adalah  ritual Chi Swak Dai Swei  yang diadakan di altar Makco Poo atau di Pilar utama tempat sembayang. 


 Kelenteng Hok An Kiong ini juga menjadi salah satu tujuan wisata kota Surabaya Heritage Track yang diadakan oleh House of Sampoerna.